Social Icons

facebook email

Monday, October 11, 2010

Majlis Perasmian Rumah PASTI

Alhamdulillah majlis berjalan lancar bermula jam 10 pagi, satu tarikh yang cantik 10.10.2010 jam 10 pagi..




Majlis bermula tepat mengikut masa dan tarikh keramat itu ! Alumni PASTI tahun 1986 yang kini bertugas sebagai pensyarah, Sdr Abdul Jabar Kahar telah memperdengarkan bacaan Al-Quran Surah Luqman yang berjaya memukau para tetamu sebagai pembuka majlis memohon keberkatan Yang Maha Kuasa.

Cikgu Hashan Aladi, Pengarah PASTI Perak mengawali majlis dengan menyampaikan kata-kata aluan selaku tuan rumah. Rentetan usaha pembelian rumah ini dengan sokongan segenap warga PASTI Perak diceriterakan oleh Cikgu Hashan.

Agenda perasmian diteruskan dengan selingan madah yang begitu bertenaga oleh pengerusi majlis pada pagi itu, AF Ustaz Marul Hairi. Ketua Pemuda PAS Perak, AF Ustaz Zawawwi Hassan menyampaikan ucapan aluan mewakili DPP dan Badan Perhubungan PAS Perak. Tazkirah dan penjelasan berkaitan tugas mendidik yang dilakukan oleh Jabatan PASTI Perak telah dapat memberi pengetahuan kepada yang baru.

Tiba giliran Ketua Pengarah Jabatan PASTI Malaysia, Cikgu Azrin menyampaikan ucapannya. Beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan PASTI Perak di atas komitmen dan kesungguhan merealisasikan hasrat Jabatan PASTI Malaysia sejak s004 lalu untuk PASTI negeri-negeri memiliki premis sendiri. Beliau juga turut mengimbau perkenalan dengan Cikgu Hashan yang telah membuahkan banyak idea pemilikan premis sendiri yang telah diterjemahkan oleh PASTI Kawasan Tawau Sabah sewaktu bertugas di sana dahulu. Cikgu Azrin juga mengharapkan enrolmen murid PASTI di negeri akan terus meningkat.

Seterusnya tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu acara kemuncak perasmian. AF Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS memberikan tazkirah dan ucapan perasmian. Isi ucapan beliau mengandungi mesej yang jelas tentang penglibatan elemen PAS dalam proses pentarbiyahan ummah di negara ini. Beliau juga secara berseloroh mengucapkan tahniah kepada PASTI Perak kerana satu-satunya PASTI di dalam dunia yang telah berjaya memiliki bangunan sendiri tanpa berhutang !

Majlis perasmian turut dihadiri oleh AF Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir dan Ahli Jawatankuasa Harian, Dewan Pemuda PAS Perak. Mantan Pengarah PASTI Perak 97 - 99, Cikgu Abidin Sharif turut hadir bersama setiausahanya Cikgu Kahar.



1 komen:

Anonymous said...

Hello it's me, I am also visiting this web page on a regular basis, this site is genuinely pleasant and the viewers are genuinely sharing pleasant thoughts.

Also visit my webpage ... bmi chart male